Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya hutang itu akan dihitung ke atas pemiliknya pada hari kiamat sekiranya dia mati sebelum sempat melunaskannya

Teks Bahasa Arab

إن الدَّيْنَ يُقْتَصُّ من صاحبِهِ يومَ القيامةِ إذا مات ولم يَقْضِهِ؛ إلا من تَدَيَّن في ثلاثٍ: رجلٌ تَذْهَبُ قوتُهُ [في سبيلِ اللهِ]، فيَدِينُ ما يَتَقَوَّى به على عَدُوِّ اللهِ وعَدُوِّ رسولِهِ؛ فمات فلم يَقْضِهِ. ورجلٌ مات عنده مسلمٌ؛ فلم يَجِدْ ما يُكَفِّنُهُ إلا بِدَيْنٍ؛ فمات ولم يَقْضِهِ. ورجلٌ خاف على نفسِهِ العُزْبَةَ لولم يكن عنده ما يَتزوجُ، فاستدان فتزوج؛ لِيُعِفَّ نفسَه خشيةً على دينِهِ. فاللهُ يَقْضِي عن هؤلاء الدَّيْنِ يومَ القيامةِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya hutang itu akan dihitung ke atas pemiliknya pada hari kiamat sekiranya dia mati sebelum sempat melunaskannya, kecuali orang yang berhutang pada tiga perkara: Seorang lelaki yang telah hilang kekuatannya (pada jalan Allah), lalu dia berhutang untuk perkara yang menguatkannya dalam menghadapi musuh Allah dan Rasul-Nya, dan dia mati sebelum sempat melunaskannya. Seorang lelaki yang mati di sisinya seorang muslim namun dia tidak menjumpai apa-apa yang boleh menjadi kafannya kecuali dengan berhutang, lalu dia mati dan tidak sempat melunaskannya. Dan juga seorang lelaki yang takut akan bujang namun dia tidak menjumpai apa-apa untuk menjadi dana perkahwinannya, lalu dia berhutang dan berkahwin; supaya dia dapat menjaga dirinya dan kerana bimbangkan agamanya. Allah akan melunaskan hutang-hutang mereka pada hari kiamat.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 800, hadis no. 4129. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن الدين يقتص من صاحبه يوم القيامة إذا مات ولم يقضه؛ إلا من تدين في ثلاث: رجل تذهب قوته [في سبيل الله]، فيدين ما يتقوى به على عدو الله وعدو رسوله؛ فمات فلم يقضه. ورجل مات عنده مسلم؛ فلم يجد ما يكفنه إلا بدين؛ فمات ولم يقضه. ورجل خاف على نفسه العزبة ولم يكن عنده ما يتزوج، فاستدان فتزوج؛ ليعف نفسه خشية على دينه. فالله يقضي عن هؤلاء الدين يوم القيامة)). [ابن راهويه، الفسوي، ه، البزار، ع، البصيري في ((زوائد ابن ماجه))، ((الضعيفة)) (5483)]

(Lemah) Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya hutang itu akan dihitung ke atas pemiliknya pada hari kiamat sekiranya dia mati sebelum sempat melunaskannya, kecuali orang yang berhutang pada tiga perkara: Seorang lelaki yang telah hilang kekuatannya (pada jalan Allah), lalu dia berhutang untuk perkara yang menguatkannya dalam menghadapi musuh Allah dan Rasul-Nya, dan dia mati sebelum sempat melunaskannya. Seorang lelaki yang mati di sisinya seorang muslim namun dia tidak menjumpai apa-apa yang boleh menjadi kafannya kecuali dengan berhutang, lalu dia mati dan tidak sempat melunaskannya. Dan juga seorang lelaki yang takut akan bujang namun dia tidak menjumpai apa-apa untuk menjadi dana perkahwinannya, lalu dia berhutang dan berkahwin; supaya dia dapat menjaga dirinya dan kerana bimbangkan agamanya. Allah akan melunaskan hutang-hutang mereka pada hari kiamat. [Riwayat Ibn Rāhawaih dalam Musnadnya, al-Bazzār dalam Musnadnya, Abū Ya‘lā dalam al-Musnad, al-Fasawī dalam al-Ma‘rifah wa al-Tārīkh, Ibn Mājah dalam al-Sunan, al-Būṣīrī dalam Zawāid Ibn Mājah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5483]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.