Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن الدَّيْنَ يُقْتَصُّ من صاحبِهِ يومَ القيامةِ إذا مات ولم يَقْضِهِ؛ إلا من تَدَيَّن في ثلاثٍ: رجلٌ تَذْهَبُ قوتُهُ [في سبيلِ اللهِ]، فيَدِينُ ما يَتَقَوَّى به على عَدُوِّ اللهِ وعَدُوِّ رسولِهِ؛ فمات فلم يَقْضِهِ. ورجلٌ مات عنده مسلمٌ؛ فلم يَجِدْ ما يُكَفِّنُهُ إلا بِدَيْنٍ؛ فمات ولم يَقْضِهِ. ورجلٌ خاف على نفسِهِ العُزْبَةَ ولم يكن عنده ما يَتزوجُ، فاستدان فتزوج؛ لِيُعِفَّ نفسَه خشيةً على دينِهِ . فاللهُ يَقْضِي عن هؤلاء الدَّيْنِ يومَ القيامةِ .
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya hutang akan dituntut daripada tuannya (yakni orang yang berhutang) pada hari kiamat jika ia mati dan tidak sempat melunaskannya, kecuali orang yang berhutang dalam tiga perkara: Lelaki yang telah hilangkan kekuatannya (pada jalan Allah), lalu dia berhutang pada perkara yang boleh menguatkannya (dalam memerangi) musuh Allah dan musuh Rasul-Nya, lalu dia mati sebelum sempat melunaskannya. Lelaki yang mati di sisinya seorang lelaki, lalu dia tidak menjumpai sesuatu yang boleh dijadikan kain kafan kecuali dengan cara dia berhutang, lalu dia mati sebelum sempat melunaskannya. Lelaki yang takut terus membujang dan tidak mempunyai apa pun disisinya yang membolehkan dia berkahwin, lalu dia berhutang dan berkahwin, supaya dia dapat menjaga dirinya dan takut akan agamanya. Allah taala akan menggantikan dan melunaskan hutang-hutang mereka ini pada hari kiamat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 625, hadis no. 3254. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو -رضي الله عنه - مرفوعاً: ((إن الدين يقتص من صاحبه يوم القيامة إذا مات ولم يقضه؛ إلا من تدين في ثلاث: رجل تذهب قوته [في سبيل الله] ، فيدين ما يتقوى به على عدو الله وعدو رسوله؛ فمات فلم يقضه. ورجل مات عنده مسلم؛ فلم يجد ما يكفنه إلا بدين؛ فمات ولم يقضه. ورجل خاف على نفسه العزبة ولم يكن عنده ما يتزوج، فاستدان فتزوج؛ ليعف نفسه خشية على دينه. فالله يقضي عن هؤلاء الدين يوم القيامة)). [ابن راهويه في ((المسند))، الفساوي في ((المعرفة والتاريخ))، ه، ع، البزار، ((الضعيفة)) (5483)].
(Lemah) Daripada Abdullah bin Amru RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya hutang akan dituntut daripada tuannya (yakni orang yang berhutang) pada hari kiamat jika ia mati dan tidak sempat melunaskannya, kecuali orang yang berhutang dalam tiga perkara: Lelaki yang telah hilangkan kekuatannya (pada jalan Allah), lalu dia berhutang pada perkara yang boleh menguatkannya (dalam memerangi) musuh Allah dan musuh Rasul-Nya, lalu dia mati sebelum sempat melunaskannya. Lelaki yang mati di sisinya seorang lelaki, lalu dia tidak menjumpai sesuatu yang boleh dijadikan kain kafan kecuali dengan cara dia berhutang, lalu dia mati sebelum sempat melunaskannya. Lelaki yang takut terus membujang dan tidak mempunyai apa pun disisinya yang membolehkan dia berkahwin, lalu dia berhutang dan berkahwin, supaya dia dapat menjaga dirinya dan takut akan agamanya. Allah taala akan menggantikan dan melunaskan hutang-hutang mereka ini pada hari kiamat.” [Riwayat Ibn Rahawaih dalam al-Musnad, al-Fasawi dalam al-Ma’rifah wa al-Tarikh, Ibn Majah dalam Sunannya, Abu Ya’la dalam Musnadnya dan al-Bazzar dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5483].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman