Sesungguhnya hendaklah seorang lelaki itu mendirikan solat

TEKS BAHASA ARAB

إن الرجل ليصلي، وما فاته من وقتها أعظم من أهله وماله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya hendaklah seorang lelaki itu mendirikan solat. Apa yang dia terlepas daripada (menunaikan solat) pada waktunya adalah lebih berat berbanding kehilangan ahli keluarga dan juga hartanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 274, hadis nombor 1422. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن يعلى عن النبي – صلى الله عليه وسلم – قال: ((إن الرجل ليصلي، وما فاته من وقتها أعظم من أهله وماله)).
[تخ، ((الضعيفة)) (‌‌3005)]

(Lemah)
Daripada Ya’la, daripada Nabi ﷺ baginda bersabda: Sesungguhnya hendaklah seorang lelaki itu mendirikan solat. Apa yang dia terlepas daripada (menunaikan solat) pada waktunya adalah lebih berat berbanding kehilangan ahli keluarga dan juga hartanya.
[Riwayat al-Tarikh al-Kabir oleh al-Bukhari. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3005]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs