TEKS BAHASA ARAB
إن هذه القلوب تصدأ كما يصدأ الحديد إذا أصابه الماء. قيل: وما جلاؤها؟ قال: كثرة ذكر الموت، وتلاوة القرآن.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya hati ini akan berkarat seperti berkaratnya besi apabila terkena air. Baginda ditanya: Apakah yang mengilatkannya? Baginda menjawab: Perbanyakkan mengingati kematian dan membaca al-Quran.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1924 hadis nombor 9659. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن ابن عمر رضي الله عنهما، قال: قال رسول الله ﷺ: إن هذه القلوب تصدأ كما يصدأ الحديد إذا أصابه الماء. قيل: وما جلاؤها؟ قال: كثرة ذكر الموت، وتلاوة القرآن.
[عد، ابن الجوزي في ((العلل))، ((الضعيفة)) (6096)]
(Munkar)
Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya hati ini akan berkarat seperti berkaratnya besi apabila terkena air. Baginda ditanya: Apakah yang mengilatkannya? Baginda menjawab: Perbanyakkan mengingati kematian dan membaca al-Quran.
[Riwayat al-Kamil dalam al-Dhu’afa’, Ibn al-Jawzi dalam al-ʿIlal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6096]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.