Sesungguhnya hati-hati ini akan berkarat sepertimana berkaratnya

TEKS BAHASA ARAB

إن هذه القلوب تصدأ كما يصدأ الحديد إذا أصابه الماء. قيل: وما جلاؤها؟ قال: كثرة ذكر الموت، وتلاوة القرآن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya hati-hati ini akan berkarat sepertimana berkaratnya besi apabila terkena air. Baginda ditanya: Apakah penggilapnya? Baginda menjawab: Banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2053, hadis nombor 10326. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن ابن عمر -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله ﷺ: إن هذه القلوب تصدأ كما يصدأ الحديد إذا أصابه الماء. قيل: وما جلاؤها؟ قال: كثرة ذكر الموت، وتلاوة القرآن.
[عد، ابن الجوزي في ((العلل))، ((الضعيفة)) (6096)]

(Munkar)
Daripada Ibn ‘Umar RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya hati-hati ini akan berkarat sepertimana berkaratnya besi apabila terkena air. Baginda ditanya: Apakah penggilapnya? Baginda menjawab: Banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.
[Riwayat Ibn ‘Adi dalam al- Kamil fi al- Dhu’afa dan Ibn al-Jauzi dalam al-‘Ilal. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6096]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs