Sesungguhnya hati-hati ini akan berkarat sepertimana berkaratnya besi apabila terkena air

TEKS BAHASA ARAB

إن هذه القلوب تصدأ كما يصدأ الحديد إذا أصابه الماء. قيل وما جلاؤها؟ قال: كثرة ذكر الموت وتلاوة القرآن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya hati-hati ini akan berkarat sepertimana berkaratnya besi apabila terkena air.” Ditanyakan kepada baginda: Lalu apakah penyuciannya? Rasulullah berkata: Perbanyakkan mengingati mati dan membaca al-Quran.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1551, hadis nombor 7866. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عَنْ ابْنِ عُمَرَ -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن هذه القلوبَ تَصْدَأ كما يصدأُ الحديدُ إذا أصابَه الماءُ. قيل: وما جِلاؤها؟ قال: كثرةَ ذِكرِ الموتِ، وتلاوة القرآنِ)) [عد، ابن الجوزي في ((العلل))، ((الضعيفة)) (6096)]

(Munkar)
Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya hati-hati ini akan berkarat sepertimana berkaratnya besi apabila terkena air.” Ditanyakan kepada baginda: Lalu apakah penyuciannya? Rasulullah berkata: Perbanyakkan mengingati mati dan membaca al-Quran.
[Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’ dan Ibn al-Jawzi dalam al-’Ilal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6096]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs