Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن هذه القلوبَ تَصْدَأ كما يصدأُ الحديدُ إذا أصابَه الماءُ. قيل: وما جِلاؤها؟ قال: كثرةَ ذِكرِ الموتِ، وتلاوة القرآنِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya hati-hati ini akan berkarat sepertimana berkaratnya besi apabila terkena air.” Ditanyakan kepada baginda: Lalu apakah penyuciannya? Rasulullah berkata: Perbanyakkan mengingati mati dan membaca al-Quran.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1551, hadis no. 7866. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عَنْ ابْنِ عُمَرَ -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن هذه القلوبَ تَصْدَأ كما يصدأُ الحديدُ إذا أصابَه الماءُ. قيل: وما جِلاؤها؟ قال: كثرةَ ذِكرِ الموتِ، وتلاوة القرآنِ)) [عد، ابن الجوزي في ((العلل))، ((الضعيفة)) (6096)]
(Munkar) Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya hati-hati ini akan berkarat sepertimana berkaratnya besi apabila terkena air.” Ditanyakan kepada baginda: Lalu apakah penyuciannya? Rasulullah berkata: Perbanyakkan mengingati mati dan membaca al-Quran. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’ dan Ibn al-Jawzi dalam al-’Ilal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6096]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman