Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ هذِهِ القلوبَ تَصدأُ كما يَصدأُ الحديدُ إذا أصابَهُ الماءُ. قيلَ: وما جِلاؤُها؟ قالَ: كثرةُ ذِكْرِ الموتِ، وتلاوةِ القرآنِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya hati-hati ini akan berkarat sepertimana berkaratnya besi apabila terkena air. Baginda ditanya: Apakah penggilapnya? Baginda menjawab: Banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2053, hadis no. 10326. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عمر - رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله ﷺ: إن هذه القلوب تصدأ كما يصدأ الحديد إذا أصابه الماء. قيل: وما جلاؤها؟ قال: كثرة ذكر الموت، وتلاوة القرآن. [عد، ابن الجوزي في ((العلل))، ((الضعيفة)) (6096)]
(Munkar) Daripada Ibn ‘Umar RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya hati-hati ini akan berkarat sepertimana berkaratnya besi apabila terkena air. Baginda ditanya: Apakah penggilapnya? Baginda menjawab: Banyak mengingati mati dan membaca al-Quran. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al- Kamil fi al- Dhu’afa dan Ibn al-Jauzi dalam al-‘Ilal. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6096]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman