Tiada asal

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya hati akan merasa gembira ketika memakan daging

Teks Bahasa Arab

حديث: إن للقلب فرحة عند أكل اللحم وما دام الفرح بأحد إلا أشر وبطر.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesungguhnya hati merasa gembira ketika memakan daging dan kegembiraan itu sentiasa ada pada seseorang melainkan orang yang sombong dan bongkak.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Tiada asal

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 170, hadis no. 42. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي عن أبي هريرة مرفوعا وفي إسناده: عبد الله بن محمد ابن المغيرة يحدث بما لا أصل له. وقد رواه ابن حبان في الضعفاء وابن السني وأبو نعيم في الطب والبيهقي في الشعب من طريقه ورواه البيهقي من غير طريقه عن سليمان مرفوعا وله طرق أخرى فيها مجروحون.

Ibn ‘Adi meriwayatkan daripada Abu Hurairah RA secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW) dan pada sanadnya terdapat Abdullah bin Muhammad Ibn al-Mughirah yang meriwayatkan hadith yang tiada asalnya. Ibn Hibban meriwayatkan di dalam kitabnya al-Du’afa’, Ibn Sunni dan Abu Nu’aim di dalam kitab al-Tibb dan al-Baihaqi di dalam kitab al-Shu‘ab melalui jalan Ibn ‘Adi. Al-Baihaqi meriwayatkan dari selain jalan Ibn ‘Adi daripada Sulaiman secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW) dan baginya terdapat jalan-jalan yang lain yang terdiri daripada perawi- perawi yang dikritik.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.