Sesungguhnya hari Jumaat merupakan hari raya

TEKS BAHASA ARAB

إن يوم الجمعة يوم عيد [وذكر]، فلا تجعلوا يوم عيدكم يوم صيامكم، إلا أن تصوموا قبله أو بعده. وفي رواية: ولكن اجعلوه يوم ذكر، إلا أن تخلطوه بأيام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya hari Jumaat merupakan hari raya (dan hari berzikir). Maka janganlah kamu menjadikan hari raya kamu sebagai hari kamu berpuasa, melainkan kamu berpuasa sehari sebelumnya atau selepasnya.” Dalam riwayat yang lain: “Tetapi jadikanlah ia sebagai hari berzikir, melainkan kamu berpuasa juga pada hari-hari yang lain.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1968, hadis nombor 9841. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال ﷺ «إن يوم الجمعة يوم عيد [وذكر]، فلا تجعلوا يوم عيدكم يوم صيامكم، إلا أن تصوموا قبله أو بعده». وفي رواية: «ولكن اجعلوه يوم ذكر، إلا أن تخلطوه بأيام».
[ك، حم، هب، خز، الطحاوي، الطبراني في «مسند الشاميين»، ابن عساكر، «الضعيفة» (6826)].

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya hari Jumaat merupakan hari raya (dan hari berzikir). Maka janganlah kamu menjadikan hari raya kamu sebagai hari kamu berpuasa, melainkan kamu berpuasa sehari sebelumnya atau selepasnya.” Dalam riwayat yang lain: “Tetapi jadikanlah ia sebagai hari berzikir, melainkan kamu berpuasa juga pada hari-hari yang lain.”
[Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ahmad bin Hanbal, al-Baihaqi dalam Shu‘ab al-Iman, Sahih Ibn Khuzaymah, al-Tahawi, al-Tabarani dalam Musnad al-Syamiin dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6826].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs