Sesungguhnya hari Jumaat merupakan hari perayaan dan peringatan

TEKS BAHASA ARAB

إن يوم الجمعة يوم عيد وذكر، فلا تجعلوا يوم عيدكم يوم صيامكم، ولكن اجعلوه يوم ذكر؛ إلا أن تصوموا قبله أو بعده.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya hari Jumaat merupakan hari perayaan dan peringatan, maka janganlah kamu menjadikan hari perayaan tersebut sebagai hari puasa kamu tetapi jadikanlah ia hari sebagai hari peringatan melainkan jika kamu berpuasa pada sebelumnya atau selepasnya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1504, hadis nombor 7668. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي هريرة-رضي الله عنه- يقول: سمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول: ((إن يوم الجمعة يوم عيد وذكر، فلا تجعلوا يوم عيدكم يوم صيامكم، ولكن اجعلوه يوم ذكر؛ إلا أن تصوموا قبله أو بعده)). [الطحاوي، ابن خزيمة، ك، حم، ابن عساكر، (الضعيفة)) (5344، 6826)].

(Munkar)
Daripada Abu Hurairah RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ((Sesungguhnya hari Jumaat merupakan hari perayaan dan peringatan, maka janganlah kamu menjadikan hari perayaan tersebut sebagai hari puasa kamu tetapi jadikanlah ia hari sebagai hari peringatan melainkan jika kamu berpuasa pada sebelumnya atau selepasnya.))
[Riwayat al-Tahawi, Ibn Khuzaimah, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ahmad dalam Musnadnya, dan Ibn Asakir, Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5344, 6826].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs