Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ يَوْمَ الجُمْعَةِ يَوْمُ َعْيٍد وَذِكْرٍ، فَلَا تَجْعَلُوْا يَوْمَ عَيْدِكُمْ يَوْمَ صِيَامِكُمْ، وَلَكِنِ اجْعَلُوهُ يَوْمَ ذِكْرٍ؛ إِلَّا أَنْ تَصُومُوا قَبْلَهُ أَوْ بَعْدَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya hari Jumaat merupakan hari perayaan dan peringatan, maka janganlah kamu menjadikan hari perayaan tersebut sebagai hari puasa kamu tetapi jadikanlah ia hari sebagai hari peringatan melainkan jika kamu berpuasa pada sebelumnya atau selepasnya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1504, hadis no. 7668. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة-رضي الله عنه- يقول: سمعت رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يقول: ((إن يوم الجمعة يوم عيد وذكر، فلا تجعلوا يوم عيدكم يوم صيامكم، ولكن اجعلوه يوم ذكر؛ إلا أن تصوموا قبله أو بعده)). [الطحاوي، ابن خزيمة، ك، حم، ابن عساكر، (الضعيفة)) (5344، 6826)].
(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ((Sesungguhnya hari Jumaat merupakan hari perayaan dan peringatan, maka janganlah kamu menjadikan hari perayaan tersebut sebagai hari puasa kamu tetapi jadikanlah ia hari sebagai hari peringatan melainkan jika kamu berpuasa pada sebelumnya atau selepasnya.)) [Riwayat al-Tahawi, Ibn Khuzaimah, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ahmad dalam Musnadnya, dan Ibn Asakir, Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5344, 6826].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman