Sesungguhnya hari Jumaat itu adalah hari raya dan zikir

TEKS BAHASA ARAB

إن يوم الجمعة يوم عيد وذكر فلا تجعلوا يوم عيدكم يوم صيامكم ولكن اجعلوه يوم ذكر إلا أن تصوموا قبله أو بعده.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya hari Jumaat itu adalah hari raya dan zikir maka janganlah kamu menjadikan hari raya dengan kamu berpuasa pada hari tersebut akan tetapi jadikanlah ia hari zikir, melainkan jika kamu berpuasa sehari sebelum hari Jumaat ataupun sehari selepasnya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1149, hadis nombor 5808. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: سمعتُ رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: إن يوم الجمعة يوم عيد وذكر فلا تجعلوا يوم عيدكم يوم صيامكم ولكن اجعلوه يوم ذكر إلا أن تصوموا قبله أو بعده. [الطحاوي، ابن خزيمة، ك، حم، ابن عساكر، الضعيفة (5344، 6826)]

(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya hari Jumaat itu adalah hari raya dan zikir maka janganlah kamu menjadikan hari raya dengan kamu berpuasa pada hari tersebut akan tetapi jadikanlah ia hari zikir, melainkan jika kamu berpuasa sehari sebelum hari Jumaat ataupun sehari selepasnya. [Riwayat al-Thahawi, Ibn Khuzaymah, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Musnad Aḥmad bin Ḥanbal, Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5344, 6826].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs