Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ يومَ الجمعة يومُ عيدٍ وذكر ، فلا تَجْعَلُوا يومَ عيدِكم يومَ صيامِكم، ولكن اجعلوه يوم ذكر إلا أن تَصُومُوا قَبْلَه أو بَعْدَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya hari Jumaat itu adalah hari raya dan zikir maka janganlah kamu menjadikan hari raya dengan kamu berpuasa pada hari tersebut akan tetapi jadikanlah ia hari zikir, melainkan jika kamu berpuasa sehari sebelum hari Jumaat ataupun sehari selepasnya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1149, hadis no. 5808. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: سمعتُ رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: إن يوم الجمعة يوم عيد وذكر فلا تجعلوا يوم عيدكم يوم صيامكم ولكن اجعلوه يوم ذكر إلا أن تصوموا قبله أو بعده. [الطحاوي، ابن خزيمة، ك، حم، ابن عساكر، الضعيفة (5344، 6826)]
(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya hari Jumaat itu adalah hari raya dan zikir maka janganlah kamu menjadikan hari raya dengan kamu berpuasa pada hari tersebut akan tetapi jadikanlah ia hari zikir, melainkan jika kamu berpuasa sehari sebelum hari Jumaat ataupun sehari selepasnya. [Riwayat al-Thahawi, Ibn Khuzaymah, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Musnad Aḥmad bin Ḥanbal, Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5344, 6826].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman