Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ يَوْمَ الْجُمُعَةِ يَوْمَ عِيدٍ [وَذِكْرٍ]، فَلَا تَجْعَلُوا يَوْمَ عِيدِكُمْ يَوْمَ صِيَامِكُمْ، [وَلَكِنِ اجْعَلُوهُ يَوْمَ ذِكْرٍ]؛ إِلَّا أَنْ تَصُومُوا قَبْلَهُ أَوْ بَعْدَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya hari Jumaat adalah hari raya [dan zikir]. Maka janganlah kalian jadikan hari raya kalian sebagai hari puasa kalian, [akan tetapi kalian jadikanlah ia hari zikir], melainkan kalian berpuasa pada hari sebelumnya atau selepasnya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 304, hadis no. 1608. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قَالَ: سمعت رسول الله - ﷺ - يقول: ((إن يوم الجمعة يوم عيد [وذكر]، فلا تجعلوا يوم عيدكم يوم صيامكم، [ولكن اجعلوه يوم ذكر]؛ إلا أن تصوموا قبله أو بعده)). [الطحاوي، ابن خزيمة، ك، حم، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (5344)].
(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA, dia telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesungguhnya hari Jumaat adalah hari raya [dan zikir]. Maka janganlah kalian jadikan hari raya kalian sebagai hari puasa kalian, [akan tetapi kalian jadikanlah ia hari zikir], melainkan kalian berpuasa pada hari sebelumnya atau selepasnya.” [Riwayat al-Tahawi, Ibn Khuzaymah, al-Hakim, Ahmad dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5344].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman