Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ هذه أيامُ أَكْلٍ وشُربٍ وذِكرِ الله، فلا تَصُومُوا فِيهِنَّ إلا صَوْمًا في هَدي.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya hari ini adalah hari makan dan minum, serta hari mengingati Allah SWT, maka janganlah kamu berpuasa pada hari ini melainkan puasa pada hari Dam (penyembelihan). (diperintahkan). [Riwayat Sunan al-Dāraquṭnī. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5664]
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Huzafah al-Sahmi RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1152, hadis no. 5826. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بذكر الإستثناء) عن عبد الله بن حذافة السهمي رضي الله عنه قال: إن رسول الله صلى الله عليه وسلم أمره في رهط أن يطوفوا في منى في حجة الوداع يوم النحر فينادوا:إِن هذه أيام أكل وشرب وذكر الله فلا تصوموا فيهن إلا صوما في هدي. [قط، الضعيفة (5664)]
(Munkar dengan menyebut pengecualian) Daripada Abdullah bin Huzafah al-Sahmi RA, telah berkata: Rasulullah SAW memerintahkan beberapa orang untuk berlegar-legar di Mina pada hari Haji Wada' iaitu pada hari al-Nahri (penyembelihan), Lalu mereka menyeru: Sesungguhnya hari ini adalah hari makan dan minum, serta hari mengingati Allah SWT, maka janganlah kamu berpuasa pada hari ini melainkan puasa pada hari Dam (penyembelihan). [Riwayat Sunan al-Dāraquṭnī. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5664]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman