Sesungguhnya harga barangan di Madinah telah melonjak tinggi

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إنه غلا السعر في المدينة فذهب أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم فقالوا يا رسول الله: غلا السعر فسعر فقال: إن الله عز وجل المعطي وهو المانع وإن لله ملكا اسمه عمارة على فرس من حجارة الياقوت طوله مد بصره يدور في الأمصار ويقف في الأسواق ينادي: ألا ليغلوا كذا وكذا ألا ليرخص كذا وكذا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesungguhnya harga di Madinah telah melonjak tinggi , maka para sahabat pergi menemui Nabi SAW. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah, harga melonjak tinggi, maka tetapkanlah harga (untuk kami). Baginda bersabda: Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jalla adalah Maha Pemberi dan Dia juga Maha Menghalang. Dan sesungguhnya Allah memiliki satu malaikat yang namanya ‘Umarah, ia berada di atas kuda yang diperbuat daripada batu delima. Panjangnya sejauh mata memandang. Ia akan berlegar di bandar-bandar dan berhenti di pasar-pasar sambil menyeru: Ketahuilah. Harga akan melonjak tinggi begini dan begini. Ketahuilah. Harga akan merundum begini dan begini.

STATUS

Hasan

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 141-142, hadis nombor 4. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الدارقطني عن علي رضي الله عنه مرفوعا وذكره ابن الجوزي في الموضوعات.
قال ابن حجر: أغرب ابن الجوزي فأخرج هذا الحديث في الموضوعات عن علي رضي الله عنه وقال: إنه حديث لا يصح.
وقد رواه أبو داود والترمذي وابن ماجه والدارمي والبزار وأبو يعلى من طريق حماد بن سلمة عن ثابت وغيره عن أنس وإسناده على شرط مسلم.
وقد صححه ابن حبان والترمذي.
وعند ابن ماجه والبزار نحوه من حديث أبي سعيد بإسناد حسن وعند الطبراني في الصغير من حديث ابن عباس وفي الكبير من حديث أبي جحيفة.
ولأحمد وأبي داود من حديث أبي هريرة: جاء رجل فقال يا رسول الله سعر قال: بل أدعو ثم جاء آخر فقال يا رسول الله: سعر فقال: بل الله يخفض ويرفع وإسناده حسن. انتهى.
وحكم ابن الجوزي بكونه موضوعا من حديث علي لا ينافي ثبوته من حديث غيره كما هو معروف من اصطلاح أهل الفن.

Al-Daraqutni meriwayatkanya daripada Ali RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi), dan Ibn al-Jauzi menyebutkannya di dalam kitabnya al-Maudhu’at.
Ibn Hajar berkata: Ibn al-Jauzi pelik kerana meriwayatkan hadith ini di dalam al-Maudhu’at daripada Ali RA dan berkata: Sesungguhnya hadith ini tidak sahih.
Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Darimi, al-Bazzar, dan Abu Ya’la telah meriwayatkannya daripada jalan Hammad bin Salamah daripada Thabit dan selainnya daripada Anas dan sanadnya di atas syarat Muslim.
Ibn Hibban dan al-Tirmizi turut menilainya sebagai sahih.
Dan terdapat pada Ibn Majah dan al-Bazzar riwayat sepertinya daripada Abu Said dengan sanad yang hasan, dan terdapat juga pada al-Tabarani di dalam kitab al-Saghir daripada hadith Ibn Abbas, manakala di dalam al-Kabir daripada hadith Abu Juhaifah.
Dan terdapat pada Ahmad dan Abu Daud (riwayat) daripada hadith Abu Hurairah: Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah! Tetapkanlah harga. Nabi SAW menjawab: Bahkan aku telah mendoakannya. Kemudian datang seorang lagi lalu berkata: Wahai Rasulullah! Tetapkanlah harga. Baginda menjawab: Bahkan bagi Allah yang menurunkan harga dan menaikkan. Dan sanadnya hasan. Tamat nukilan.
Dan penilaian Ibn al-Jauzi bahawa hadith ini palsu daripada hadith Ali, tidak menafikan kesahihannya melalui hadith selainnya seperti ia diketahui daripada istilah ulama hadith.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs