Sesungguhnya hamba-Ku yang sebenar-benar hamba-Ku ialah yang sentiasa mengingati-Ku

TEKS BAHASA ARAB

إن الله جل ذكره يقول: إن عبدي كل عبدي الذي يذكرني وهو ملاق قرنه – يعني: عند القتال.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya hamba-Ku yang sebenar-benar hamba-Ku ialah yang sentiasa mengingati-Ku sambil dia bertemu lawannya – iaitu ketika berperang.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 990, hadis nombor 5097. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عمارة بن زعكرة رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((إن الله جل ذكره يقول: إن عبدي كل عبدي الذي ‌يذكرني وهو ملاق قرنه – يعني: عند القتال)). [ت، الدولابي، عد، ابن منده، ((الضعيفة)) (3135)]

(Lemah) Daripada Amarah bin Za’karah RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah yang Maha Agung berkata: Sesungguhnya hamba-Ku yang sebenar-benar hamba-Ku ialah yang sentiasa mengingati-Ku sambil dia bertemu lawannya – iaitu ketika berperang. [Riwayat al-Tirmizi dalam Sunannya, al-Dulabi dalam al-Kuna wa al-Asma’, Ibn Adiy dalam al-Kamil fi al-Ḍhu’afa’, dan Ibn Mandah dalam Mu’jam al-Sahabah. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3135]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.