Sesungguhnya hamba Allah yang paling dicintai Allah ialah para penjaga matahari dan bulan

TEKS BAHASA ARAB

لو أقسمت؛ لبررت؛ إن أحب عباد الله إلى الله: لرعاة الشمس والقمر – يعني: المؤذنين -؛ وإنهم ليعرفون يوم القيامة بطول أعناقهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika aku bersumpah, nescaya aku telah mengotakannya. Sesungguhnya hamba Allah yang paling dicintai Allah ialah para penjaga matahari dan bulan – baginda maksudkan: tukang-tukang azan. Sesungguhnya mereka akan dikenali pada hari kiamat dari panjangnya tengkuk mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 309-310, hadis nombor 1631. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه -، قال: كان رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول: ((لو أقسمت؛ لبررت؛ إن أحب عباد الله إلى الله: لرعاة الشمس والقمر – يعني: المؤذنين -؛ وإنهم ليعرفون يوم القيامة بطول أعناقهم)). [طس، خط، ((الضعيفة)) (5038)].

(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA, dia berkata: Rasulullah ﷺ pernah bersabda: Jika aku bersumpah, nescaya aku telah mengotakannya. Sesungguhnya hamba Allah yang paling dicintai Allah ialah para penjaga matahari dan bulan – baginda maksudkan: tukang-tukang azan. Sesungguhnya mereka akan dikenali pada hari kiamat dari panjangnya tengkuk mereka. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5038]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.