Sesungguhnya hamba Allah yang paling dibenci oleh Allah adalah Ifrit

TEKS BAHASA ARAB

إن أبغض عباد الله إلى الله العفريت، الذي لم يرزأ في مال ولا ولد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya hamba Allah yang paling dibenci oleh Allah adalah Ifrit (jin) yang tidak pernah berkurangan pada harta ataupun anak.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1364, hadis nombor 6953. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي عثمان رضي الله عنه، أن رجلا أتى النبي صلى الله عليه وسلم دحيمان فلان (كذا)، فقال له النبي صلى الله عليه وسلم: ما رزيت في مال ولا ولد؟ قال: لا. قال: إن أبغض عباد الله إلى الله العفريت النفريت، الذي لم يرزأ في مال ولا ولد.
[هب، ((الضعيفة)) (5821)]

(Palsu)
Daripada Abi ‘Uthman RA bahawa seorang lelaki daripada keturunan fulan (sekian) telah datang menemui Nabi SAW, lalu Nabi SAW bertanya kepadanya: Adakah kamu ditimpa musibah pada harta atau anak? Lelaki itu menjawab: Tidak. Baginda bersabda: Sesungguhnya hamba Allah yang paling dibenci oleh Allah adalah Ifrit (jin) yang tidak pernah ditimpa musibah pada harta ataupun anak.
[Riwayat al-Baihaqi dalam Shu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5821]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.