Sesungguhnya hamba Allah yang paling Allah sayang

TEKS BAHASA ARAB

إن أحب عباد الله إلى الله أنصحهم لعباده.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya hamba Allah yang paling Allah sayang adalah yang paling banyak memberi nasihat kepada para hamba-Nya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 167, hadis nombor 837. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن الحسن، قال: قال صلى الله عليه وسلم: إن أحب عباد الله إلى الله أنصحهم لعباده.
[عبد الله بن أحمد في ((زوائد الزهد))، ((الضعيفة)) (7067)]

(Lemah)
Daripada al-Hasan RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya hamba Allah yang paling Allah sayang adalah yang paling banyak memberi nasihat kepada para hamba-Nya.
[Riwayat Abdullah bin Ahmad dalam Zawaid al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 7067]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs