Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ أحبَّ عبادِ اللهِ إلى اللهِ أنصحُهُمْ لعبادِه.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya hamba Allah yang paling Allah sayang adalah yang paling banyak memberi nasihat kepada para hamba-Nya.
Sahabat Perawi
- al-Hasan
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 167, hadis no. 837. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن الحسن، قال: قال صلى الله عليه وسلم: إن أحب عباد الله إلى الله أنصحهم لعباده. [عبد الله بن أحمد في ((زوائد الزهد))، ((الضعيفة)) (7067)]
(Daif) Daripada al-Hasan RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya hamba Allah yang paling Allah sayang adalah yang paling banyak memberi nasihat kepada para hamba-Nya. [Riwayat Abdullah bin Ahmad dalam Zawaid al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 7067]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman