Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قدم على النبي صلى الله عليه وسلم وفد ثقيف، فأهدوا إليه هدية. فقال: ((إن الهدية يطلب بها وجه الرسول وقضاء الحاجة، وإن الصدقة يبتغى بها وجه الله)). قالوا: لا؛ بل هدية، فقبلها منهم. فشغلوه عن الظهر حتى صلاها مع العصر.
Teks Bahasa Melayu
Telah datang kepada Nabi SAW rombongan dari Thaqif, lalu mereka memberikan kepada baginda hadiah. Nabi SAW bersabda: “Hadiah atau sedekah?” Mereka berkata: Hadiah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya hadiah adalah kerana (untuk mendapatkan keredhaan) Rasul dan juga (bagi) menunaikan hajat, manakalah sedekah pula ada kerana mahukan keredhaan Allah.” Mereka berkata: Tidak, bahkan ia hadiah, lalu baginda menerimanya dari mereka. Mereka menyibukkan baginda sehingga (baginda tidak sempat) solat (sunat selepas) Zohor, lalu baginda mengerjakannya bersama dengan solat Asar (yakni selepas solat Asar).
Sahabat Perawi
- Abd al-Rahman bin Alqamah
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 894 - 895, hadis no. 4585. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الرحمن بن علقمة -رضي الله عنه- قال: قدم على النبي صلى الله عليه وسلم وفد ثقيف، فأهدوا إليه هدية. فقال: ((إن الهدية يطلب بها وجه الرسول وقضاء الحاجة، وإن الصدقة يبتغى بها وجه الله)). قالوا: لا؛ بل هدية، فقبلها منهم. فشغلوه عن الظهر حتى صلاها مع العصر. [ابن أبي شيبة في ((المسند))، ((الضعيفة)) (5014)]
(Lemah) Daripada Abd al-Rahman bin Alqamah berkata: Telah datang kepada Nabi SAW rombongan dari Thaqif, lalu mereka memberikan kepada baginda hadiah. Nabi SAW bersabda: “Hadiah atau sedekah?” Mereka berkata: Hadiah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya hadiah adalah kerana (untuk mendapatkan keredhaan) Rasul dan juga (bagi) menunaikan hajat, manakalah sedekah pula ada kerana mahukan keredhaan Allah.” Mereka berkata: Tidak, bahkan ia hadiah, lalu baginda menerimanya dari mereka. Mereka menyibukkan baginda sehingga (baginda tidak sempat) solat (sunat selepas) Zohor, lalu baginda mengerjakannya bersama dengan solat Asar (yakni selepas solat Asar). [Riwayat Ibn Abi Syaibah dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5014].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman