Sesungguhnya (Habsyi) orang kulit hitam itu (hidup)

TEKS BAHASA ARAB

إنما الأسود لبطنه وفرجه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya (Habsyi) orang kulit hitam itu (hidup) kerana perutnya dan kemaluannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1828, hadis nombor 9216. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن خالد بن محمد -من آل الزبير-، قال: خرجنا نتلقى الوليد ابن عبدالملك مع علي بن الحسين، فعرض حبشي لركابنا، فقال علي بن الحسين: حدثتني أم أيمن، أو قال: سمعت أم أيمن تقول: سمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول: ((إنمّا الأسْوَدَ لبطنه وفَرجه)). [عق، ابن أبي حاتم في ((العلل))، ((الضعيفة)) (3218)]

(Palsu) Daripada Khalid bin Muhammad –ahli keluarga al-Zubair- berkata: “Kami keluar untuk berjumpa dengan al-Walid bin Abdul Malik bersama Ali bin al-Husain, maka seorang Habsyi muncul untuk penumpang kami, lalu Ali bin al-Husain berkata: Ummu Aiman menceritakan atau dia berkata: Aku mendengar Ummu Aiman berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ‘Sesungguhnya (Habsyi) orang kulit hitam itu (hidup) kerana perutnya dan kemaluannya.’” [Riwayat al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, dan Ibnu Abu Hatim dalam al-‘Ilal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3218]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs