Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّما الأَسْوَدُ لَبَطْنِهِ وَفَرْجِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya (Habsyi) orang kulit hitam itu (hidup) kerana perutnya dan kemaluannya.
Sahabat Perawi
- Ummu Aiman RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1828, hadis no. 9216. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Khalid bin Muhammad –ahli keluarga al-Zubair- berkata: “Kami keluar untuk berjumpa dengan al-Walid bin Abdul Malik bersama Ali bin al-Husain, maka seorang Habsyi muncul untuk penumpang kami, lalu Ali bin al-Husain berkata: Ummu Aiman menceritakan atau dia berkata: Aku mendengar Ummu Aiman berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ‘Sesungguhnya (Habsyi) orang kulit hitam itu (hidup) kerana perutnya dan kemaluannya.’” [Riwayat al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, dan Ibnu Abu Hatim dalam al-‘Ilal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3218]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman