TEKS BAHASA ARAB
حديث: إن الحبشة نجد أسخياء، وإن فيهم لمينا، فاتخذوهم، وامتهنوهم، فإنهم أقوى شيء.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sesungguhnya Habsyah adalah bangsa yang berani lagi dermawan. Pada mereka ada sebuah perlabuhan, ambillah mereka dan jadikan mereka pekerja, kerana sesungguhnya mereka adalah bangsa yang paling kuat.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 414, hadis nombor 171. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه ابن عدي عن جابر مرفوعا، وفي إسناده: حبيب: كاتب مالك، كذاب. قال ابن عدي: أحاديثه كلها موضوعة.
Diriwayatkan oleh Ibn Adi daripada Jabir secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat Habib, penulis bagi Malik, seorang pendusta. Ibn Adi berkata: Hadith-hadithnya kesemuanya adalah palsu.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.