Sesungguhnya batu licin yang menyebabkan kaki-kaki para ulama menjadi tidak tetap adalah perasaan tamak

TEKS BAHASA ARAB

إن الصفا الزلال الذي لا تثبت عليه أقدام العلماء: الطمع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya batu licin yang menyebabkan kaki-kaki para ulama menjadi tidak tetap adalah perasaan tamak

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 50, hadis nombor 203. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((إن الصفا الزلال الذي لا تثبت عليه أقدام العلماء: الطمع)). [فر، ((الضعيفة)) (3023)].

(Lemah)
Daripada ‘Abdullah ibn ‘Abbās RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Sesungguhnya batu licin yang menyebabkan kaki-kaki para ulama menjadi tidak tetap adalah perasaan tamak))
[Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3023.]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs