Sesungguhnya golongan yang menunjuk-nunjuk dan bakhil tidak akan berjaya memasuki syurga

TEKS BAHASA ARAB

قالت الجنة: یا رب! زينتني؛ فأحسنت أركاني. فأوحى الله إليها: قد حشوت أركانك بالحسن والحسين والسعود من الأنصار، وعزتي! لا يدخلك مراء ولا بخيل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Syurga berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah menghiasi diriku, dan Engkau telahpun memperelokkan tiangku.” Maka Allah mewahyukan kepadanya: “Sesungguhnya Aku telah menjadikan Hasan, Husain dan Sauud daripada golongan Ansar. Dan demi kemuliaan-Ku! Sesungguhnya mereka yang menunjuk-nunjuk dan bakhil tidak akan (berjaya) memasukimu."

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 546, hadis nombor 2859. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن العباس بن بزیع عن أبيه، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -:((قالت الجنة: یا رب! زينتني؛ فأحسنت أركاني. فأوحى الله إليها: قد حشوت أركانك بالحسن والحسين والسعود من الأنصار، وعزتي! لا يدخلك مراء ولا بخيل)). [عبدان في ((الصحابة))، ((الضعيفة))(6200)]

(Batil)
Daripada al-Abbas bin Bazi’ meriwayatkan daripada ayahnya berkata: Rasulullah SAW bersabda: Syurga berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah menghiasi diriku, dan Engkau telahpun memperelokkan tiangku. Maka Allah mewahyukan kepadanya: Sesungguhnya Aku telah menjadikan Hasan, Husain dan Sauud daripada golongan Ansar. Dan demi kemuliaan-Ku! Sesungguhnya mereka yang menunjuk-nunjuk dan bakhil tidak akan (berjaya) memasukimu.
[Riwayat Abdan dalam al-Sohabah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah; no. 6200]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs