Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ مُؤْمِنِي الجِنِّ لَهُم ثَوَابٌ، وَعَلَيْهِم عِقَابٌ. فسأَلنَاهُ عَنْ ثَوَابِهِم وَعَنْ مُؤْمِنيهِم؟ قَالَ: عَلَى الأَعْرَافِ، وَلَيسُوا فِي الجَنَّةِ مع محمد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. فَسَألْنَاه:وَمَا الأَعْرَافُ؟ قَالَ: حَائِطُ الجَنَّةِ تَجرِي فِيْهِ الأَنْهَارُ، وَتَنبُتُ فِيْهِ الأَشجَارُ وَالثِّمَارُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya golongan yang beriman dalam kalangan jin bagi mereka ganjaran pahala dan bagi mereka juga balasan azab.” Lalu kami bertanya kepada baginda mengenai ganjaran mereka dan golongan beriman daripada mereka. Rasulullah berkata: Di atas al-’Araf (satu tempat yang tinggi), dan mereka bukanlah di syurga bersama Muhammad SAW. Lalu kami bertanya padanya: Apakah itu al-’Araf? Nabi berkata: Ia adalah dinding syurga, mengalir padanya sungai-sungai dan tumbuh padanya pokok-pokok serta buah-buahan.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1551, hadis no. 7863. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إِنَّ مُؤْمِنِي الجِنِّ لَهُم ثَوَابٌ، وَعَلَيْهِم عِقَابٌ. فسأَلنَاهُ عَنْ ثَوَابِهِم وَعَنْ مُؤْمِنيهِم؟ قَالَ: عَلَى الأَعْرَافِ، وَلَيسُوا فِي الجَنَّةِ مع محمد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. فَسَألْنَاه:وَمَا الأَعْرَافُ؟ قَالَ: حَائِطُ الجَنَّةِ تَجرِي فِيْهِ الأَنْهَارُ، وَتَنبُتُ فِيْهِ الأَشجَارُ وَالثِّمَارُ)) [البيهقي في ((البعث))، ابن عساكر، الذهبي في ((السير))، ((الضعيفة)) (6113)]
(Palsu) Daripada Anas Bin Malik RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya golongan yang beriman dalam kalangan jin bagi mereka ganjaran pahala dan bagi mereka juga balasan azab.” Lalu kami bertanya kepada baginda mengenai ganjaran mereka dan golongan beriman daripada mereka. Rasulullah berkata: Di atas al-’Araf (satu tempat yang tinggi), dan mereka bukanlah di syurga bersama Muhammad SAW. Lalu kami bertanya padanya: Apakah itu al-’Araf? Nabi berkata: Ia adalah dinding syurga, mengalir padanya sungai-sungai dan tumbuh padanya pokok-pokok serta buah-buahan.” [Riwayat al-Baihaqi dalam al-Ba’th, Ibn Asakir, al-Zahabi dalam al-Siyar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6113]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman