Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن المُؤَذِّنِينَ والمُلَبِّينَ يَخرُجون من قبورِهِم؛ يُؤَذِّنُ المُؤَذِّنُ، ويُلَبِّي المُلَبِّي.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya golongan muazzin dan golongan yang bertalbiah akan dikeluarkan dari perkuburan mereka. Lalu golongan muazzin akan melaungkan azan dan golongan yang bertalbiah akan melaungkan talbiah.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 256, hadis no. 1327. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن جابر - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إن المؤذنين والملبين يخرجون من قبورهم؛ يؤذن المؤذن، ويلبي الملبي)). [طس، ((الضعيفة)) (2276)]
(Terlalu Daif) Daripada Jabir RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya golongan muazzin dan golongan yang bertalbiah akan dikeluarkan dari perkuburan mereka. Lalu golongan muazzin akan melaungkan azan dan golongan yang bertalbiah akan melaungkan talbiah. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2276]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman