Sesungguhnya golongan awal umat ini merupakan golongan yang terbaik

TEKS BAHASA ARAB

إن أول هذه الأمة خيارهم، وآخرهم شرارهم مختلفين متفرقين، فمن كان يؤمن بالله واليوم الآخر فلتأته منيته وهو يأتي إلى الناس ما يحب أن يؤتى إليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya golongan awal umat ini merupakan golongan yang terbaik, dan golongan terakhir ialah orang yang buruk amalannya, berbeza-beza dan berpisah-pisah. Barangsiapa yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat maka pastikan kematian mendatanginya dalam keadaan dia mendatangi manusia dengan bentuk yang dia suka jika dia didatangi sebegitu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1826, hadis nombor 9203. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن مسعود -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((إنّ أول هذه الأمة خيارُهم، وآخرهم شرارُهم مختلفين متفرقين، فمن كان يؤمن بالله واليوم الآخر فلتأته منيته وهو يأتي إلى الناس ما يجب أن يؤتي إليه)). [طب، ((الضعيفة)) (3168)]

(Lemah) Daripada Ibn Mas‘ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya golongan awal umat ini merupakan golongan yang terbaik, dan golongan terakhir ialah orang yang buruk amalannya, berbeza-beza dan berpisah-pisah. Barangsiapa yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat maka pastikan kematian mendatanginya dalam keadaan dia mendatangi manusia dengan bentuk yang dia suka jika dia didatangi sebegitu. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3168]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs