Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ أوَّلَ هذه الأُمَّةِ خِيارُهُم، وآخِرَهُم شِرارُهم مُختلِفينَ مُتَفرِّقينَ، فمنْ كان يُؤْمنُ باللهِ واليومِ الآخِرِ فلْتأتِهِ مَنِيَّتُهُ وهو يُؤْتِي إلى الناسِ ما يُحِبُّ أن يُؤتَى إليهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya golongan awal umat ini merupakan golongan yang terbaik, dan golongan terakhir ialah orang yang buruk amalannya, berbeza-beza dan berpisah-pisah. Barangsiapa yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat maka pastikan kematian mendatanginya dalam keadaan dia mendatangi manusia dengan bentuk yang dia suka jika dia didatangi sebegitu.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1826, hadis no. 9203. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن مسعود -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((إنّ أول هذه الأمة خيارُهم، وآخرهم شرارُهم مختلفين متفرقين، فمن كان يؤمن بالله واليوم الآخر فلتأته منيته وهو يأتي إلى الناس ما يجب أن يؤتي إليه)). [طب، ((الضعيفة)) (3168)]
(Lemah) Daripada Ibn Mas‘ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya golongan awal umat ini merupakan golongan yang terbaik, dan golongan terakhir ialah orang yang buruk amalannya, berbeza-beza dan berpisah-pisah. Barangsiapa yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat maka pastikan kematian mendatanginya dalam keadaan dia mendatangi manusia dengan bentuk yang dia suka jika dia didatangi sebegitu. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3168]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman