Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن أبدالَ أمتي لم يَدْخُلوا الجنةَ بالأعمالِ، إنما دخلوها برحمةِ اللهِ، وسَخَاوةِ النفسِ، وسلامةِ الصُّدُورِ، ورحمةٍ لجميعِ المسلمينَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya golongan al-Abdal dari umatku tidak akan masuk syurga disebabkan amalan mereka. Mereka akan masuk syurga kerana rahmat Allah, jiwa yang pemurah, dada yang lapang dan penyayang terhadap semua orang Islam.
Sahabat Perawi
- Abu Sa'id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1790, hadis no. 9022. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جداً) عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: قال رسول الله ﷺ: إن أبدال أمتي لم يدخلوا الجنة بالأعمال، إنما دخلوها برحمة الله، وسخاوة النفس، وسلامة الصدور، ورحمة لجميع المسلمين .[الكلاباذي في (مفتاح المعاني)، هب، (الضعيفة) (1477)]
(Sangat Lemah) Daripada Abu Said al-Khudri RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya golongan al-Abdal dari umatku tidak akan masuk syurga disebabkan amalan mereka. Mereka akan masuk syurga kerana rahmat Allah, jiwa yang pemurah, dada yang lapang dan penyayang terhadap semua orang Islam." [Riwayat al-Kalabazi dalam Miftah al-Ma’ani dan al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.1477]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman