Sesungguhnya generasi terawal umat ini adalah generasi terbaik

TEKS BAHASA ARAB

إن أول هذه الأمة خيارهم، وآخرهم شرارهم؛ مختلفين متفرقين، فمن كان يؤمن بالله واليوم الآخر؛ فليأته منيته وهو يأتي إلى الناس ما يحب أن يؤتى إليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya generasi terawal umat ini adalah generasi terbaik daripada kalangan mereka. Manakala generasi terakhir daripada umat ini adalah yang paling buruk daripada kalangan mereka. Mereka berselisih serta berpecah-belah. Maka sesiapa yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat, maka hendaklah dia pastikan mautnya mendatanginya dalam keadaan dia datangkan kepada manusia apa yang dia suka agar didatangkan kepadanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 95, hadis nombor 493. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن مسعود – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن أول هذه الأمة خيارهم، وآخرهم شرارهم؛ مختلفين متفرقين، فمن كان يؤمن بالله واليوم الآخر؛ فليأته منيته وهو يأتي إلى الناس ما يحب أن يؤتى إليه.
[طب، ((الضعيفة)) (3168) (5377)]

(Lemah)
Daripada Ibn Mas‘ūd RA telah berkata: “Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesungguhnya generasi terawal umat ini adalah generasi terbaik daripada kalangan mereka. Manakala generasi terakhir daripada umat ini adalah yang paling buruk daripada kalangan mereka. Mereka berselisih serta berpecah belah. Maka sesiapa yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat, maka hendaklah dia pastikan mautnya mendatanginya dalam keadaan dia datangkan kepada manusia apa yang dia suka agar didatangkan kepadanya.’’
[Diriwayatkan oleh al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3168, 5377]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs