Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ أولَ هذه الأمةِ خيارُهم، وآخرَهم شرارُهم؛ مختلفِين متفرقينَ، فمن كان يؤمنُ باللهِ واليومِ الآخر؛ فلْيأتهِ منيَّتُه وهو يأتي إلى الناسِ ما يحبُّ أن يُؤتى إليه.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya generasi terawal umat ini adalah generasi terbaik daripada kalangan mereka. Manakala generasi terakhir daripada umat ini adalah yang paling buruk daripada kalangan mereka. Mereka berselisih serta berpecah-belah. Maka sesiapa yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat, maka hendaklah dia pastikan mautnya mendatanginya dalam keadaan dia datangkan kepada manusia apa yang dia suka agar didatangkan kepadanya.
Sahabat Perawi
- Ibn Mas‘ūd RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 95, hadis no. 493. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Daif) Daripada Ibn Mas‘ūd RA telah berkata: “Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesungguhnya generasi terawal umat ini adalah generasi terbaik daripada kalangan mereka. Manakala generasi terakhir daripada umat ini adalah yang paling buruk daripada kalangan mereka. Mereka berselisih serta berpecah belah. Maka sesiapa yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat, maka hendaklah dia pastikan mautnya mendatanginya dalam keadaan dia datangkan kepada manusia apa yang dia suka agar didatangkan kepadanya." [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3168, 5377]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman