Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya (ganjaran) solat pejuang yang berjaga di sempadan setara dengan (ganjaran) lima ratus solat (orang biasa)

Teks Bahasa Arab

إِنَّ صَلَاةَ الْمُرَابِطِ تَعْدِلُ خَمْسَ مِئَةِ صَلَاةٍ، وَنَفَقَةُ الدِّينَارِ وَالدِّرْهَمِ أَفْضَلُ مِنْ سَبْعِ مِئَةِ دِينَارٍ فِي غَيْرِهِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya (ganjaran) solat pejuang yang berjaga di sempadan setara dengan (ganjaran) lima ratus solat (orang biasa). Manakala nafkah sedinar dan sedirham lebih bagus daripada (nafkah) tujuh ratus dinar pada selainnya.

Sahabat Perawi

  1. Abu Umamah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 303, hadis no. 1603. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدًا) عن أبي أمامة – رضي الله عنه - مرفوعًا: ((إن صلاة المرابط تعدل خمس مئة صلاة، ونفقة الدينار والدرهم أفضل من سبع مئة دينار في غيره)). [ابن أبي عاصم في ((الجهاد))، ((الضعيفة)) (5149)].

(Terlalu Daif) Daripada Abu Umamah RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesungguhnya (ganjaran) solat pejuang yang berjaga di sempadan setara dengan (ganjaran) lima ratus solat (orang biasa). Manakala nafkah sedinar dan sedirham lebih bagus daripada (nafkah) tujuh ratus dinar pada selainnya.” [Riwayat Ibn Abi ‘Asim dalam al-Jihad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5149].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.