Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ أوَّلَ ما يُجازَى به المؤمِنُ بعد موتِهِ أنْ يُغفَرَ لِجميعِ مَنْ يَتْبَعُ جِنازتَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya ganjaran pertama seorang yang beriman lepas kematiannya adalah diampunkan dosa semua yang mengiringi jenazahnya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1733, hadis no. 8721. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن أول ما يجازى به المؤمن بعد موته أن يغفر لجميع من يتبع جنازته.)) [عبد بن حميد، المخلص الأول من المجلس السابع))، فر، ((الضعيفة)) (3167)].
(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu': ((Sesungguhnya ganjaran pertama seorang yang beriman lepas kematiannya adalah diampunkan dosa semua yang mengiringi jenazahnya.)) [Riwayat Abd bin Humaid, al-Mukhlis dalam al-Awwal Min al-Majlis al-Sabi’ dan al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah no.3167].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman