Sesungguhnya Fatimah menjaga farajnya (kemaluan, daripada zina)

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن فاطمة حصنت فرجها، فحرم الله ذريتها على النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Fatimah menjaga farajnya (kemaluan, daripada zina), maka Allah mengharamkan zuriatnya dari api neraka.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1779, hadis nombor 8947. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عبد الله بن مسعود -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن فاطمة حصنت فرجها، فحرم الله ذريتها على النار)). [طب، عق، عد، ابن شاهين في ((فضائل فاطمة))، تمام، ابن منده، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (456)]

(Sangat Lemah)
Daripada ‘Abdullah bin Mas‘ūd RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Fatimah menjaga farajnya (kemaluan, daripada zina), maka Allah mengharamkan zuriatnya dari api neraka.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’, Ibn Shāhīn dalam Faḍāil Fāṭimah, Tammām al-Rāzī dalam al-Fawāid, Ibn Mandah dalam Mu‘jam al-Ṣaḥābah, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 456]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.