Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ فاطمةَ حصَّنَت فرجَها، فحرَّمَ اللهُ ذُرِّيَّتَها على النَّارِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Fatimah menjaga farajnya (kemaluan, daripada zina), maka Allah mengharamkan zuriatnya dari api neraka.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1779, hadis no. 8947. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عبد الله بن مسعود -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن فاطمة حصنت فرجها، فحرم الله ذريتها على النار)). [طب، عق، عد، ابن شاهين في ((فضائل فاطمة))، تمام، ابن منده، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (456)]
(Sangat Lemah) Daripada ‘Abdullah bin Mas‘ūd RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Fatimah menjaga farajnya (kemaluan, daripada zina), maka Allah mengharamkan zuriatnya dari api neraka. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’, Ibn Shāhīn dalam Faḍāil Fāṭimah, Tammām al-Rāzī dalam al-Fawāid, Ibn Mandah dalam Mu‘jam al-Ṣaḥābah, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 456]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman