Sesungguhnya Fatimah memelihara kemaluannya, lalu Allah mengharamkan diri dan zuriatnya daripada dijilat api neraka

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إن فاطمة أحصنت فرجها، فحرمها الله وذريتها على النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesungguhnya Fatimah memelihara kemaluannya, lalu Allah mengharamkan diri dan zuriatnya daripada dijilat api neraka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 392-393, hadis nombor 120. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي عن ابن مسعود مرفوعا، وفي إسناده: عمر بن غياث من شيوخ الشيعة. وقد ضعفه الدارقطني. وقد حمل على أولادها، أعني: الحسين والحسنين، كما قال محمد بن علي بن موسى الرضا. وقال أبو كريب: هذا للحسن والحسين، ولمن أطاع الله منهم. وقال العقيلي: في هذا الحديث نظر. وأخرجه الحاكم في المستدرك من طريق عمر المذكور، وقال: صحيح، وتعقبه الذهبي. فقال: بل ضعيف تفرد به معاوية ابن هشام، وفيه ضعف، عن عمر بن غياث، وهو واه بمرة. وأخرجه ابن شاهين، وابن عساكر من طريق أخرى، وفيها رافضي. ورواه المهرواني عن حذيفة بن اليمان. قال: قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم: إن فاطمة أحصنت فرجها فحرمها الله وذريتها على النار.
ورواه الخطيب أيضا، من طريق أبي نعيم بلفظ: إنها أحصنت فرجها فحرم ذريتها على النار. وللحديث شاهد: أخرجه الطبراني عن ابن عباس قال: قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم لفاطمة: إن الله غير معذبك ولا ولدك.

Diriwayatkan oleh Ibn Adi daripada Ibn Mas’ud secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat Umar bin Ghiyath, salah seorang syeikh Syiah. Ia dinilai dhaif oleh al-Daraqutni. Ia telah ditanggung dengan lafaz anak-anaknya, aku maksudkan: dua orang al-Hasan (al-Hasan dan al-Husain), seperti yang disebutkan oleh Muhammad bin [Ali bin] Musa al-Ridha.
Abu Kuraib berkata: Ini adalah untuk al-Hasan dan al-Husain, juga untuk sesiapa yang mentaati Allah daripada kalangan mereka.
Al-Uqaili berkata: Hadith ini perlu dilihat semula. Ia diriwayatkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak melalui jalan Umar yang disebutkan. Dia berkata: Sahih, dan dikomentar oleh al-Zahabi. Dia berkata: Bahkan ia dhaif kerana Muawiyah bin Hisyam telah bersendirian dalam meriwayatkannya. Padanya ada kedhaifan, daripada Umar bin Ghiyath, dia adalah sangat lemah. Diriwayatkan juga oleh Ibn Syahin dan Ibn Asakir melalui jalan lain, padanya terdapat perawi rafidhi (puak Syiah). Diriwayatkan oleh al-Mahrawani daripada Huzaifah bin al-Yaman. Dia berkata: Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya Fatimah telah memelihara kemaluannya lalu Allah mengharamkan dia dan zuriatnya daripada neraka.
Diriwayatkan oleh al-Khatib daripada jalan Abu Nu’aim dengan lafaz: Sesungguhnya Fatimah telah memelihara kemaluannya lalu Allah mengharamkan zuriatnya daripada neraka. Hadis ini ada riwayat sokongan: Diriwayatkan oleh al-Tabarani daripada Ibn Abbas dia berkata: Nabi SAW berkata kepada Fatimah: Sesungguhnya Allah tidak akan mengazab kamu dan anak kamu.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs