Sesungguhnya engkau berada pada zaman kamu diilhamkan untuk beramal

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إنكم في زمان ألهمتم فيه العمل، وسيأتي قوم يلهمون الجدل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesungguhnya engkau berada pada zaman kamu diilhamkan untuk beramal. Akan datang suatu kaum yang diilhamkan untuk berdebat.

STATUS

Tidak Ditemui

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 57, hadis nombor 114. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

كذا في الإحياء. قال العراقي: لم أجده.

Demikian di dalam al-Ihya’. Al-‘Iraqi berkata: Aku tidak menjumpainya.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.