Sesungguhnya engkau berada pada zaman kamu diilhamkan untuk beramal

TEKS BAHASA ARAB

إنكم في زمان ألهمتم فيه العمل، وسيأتي قوم يلهمون الجدل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya engkau berada pada zaman kamu diilhamkan untuk beramal, akan datang suatu kaum yang diilhamkan untuk berdebat.

STATUS

Tidak Ditemui

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 66, hadis nombor 60. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ذكره في الإحياء، وقال العراقي: لم أجده.

Disebutkan di dalam Kitab al-Ihya’. Al-‘Iraqi berkata: Aku tidak menjumpainya.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs