Sesungguhnya dua orang yang duduk bermajlis itu adalah dengan amanah Allah SWT

TEKS BAHASA ARAB

إنما يتجالس المتجالسان بأمانة الله، فلا يحل لأحدهما أن يفشي على صاحبه ما يكره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya dua orang yang duduk bersama (bermajlis) itu adalah dengan amanah Allah SWT. Maka tidak halal bagi salah seorang mereka untuk menyebarkan perkara yang saudaranya itu tidak suka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 61 – 62, hadis nombor 272. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي بكر بن حزم مرفوعا: ((إنما يتجالس المتجالسان بأمانة الله، فلا يحل لأحدهما أن يفشي على صاحبه ما يكره)). [ابن المبارك، ((الضعيفة)) (3854)].

(Lemah)
Daripada Abū Bakr ibn Ḥazm secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Sesungguhnya dua orang yang duduk bersama (bermajlis) itu adalah dengan amanah Allah SWT. Maka tidak halal bagi salah seorang mereka untuk menyebarkan perkara yang saudaranya itu tidak suka.))
[Riwayat Ibn al-Mubarak dalam al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3854].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs