Sesungguhnya dua orang muslim itu apabila mereka berdua bertemu

TEKS BAHASA ARAB

إن المسلمين إذا التقيا فتصافحا، وتساءلا، أنزل الله بينهما مئة رحمة، تسعة وتسعين لأبشهما، وأطلقهما، وأبرهما، وأحسنهما مساءلة بأخيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya dua orang muslim itu apabila mereka berdua bertemu, dan saling bertanya khabar, maka Allah akan menurunkan 100 rahmat antara keduanya. 99 rahmat turun kepada mereka yang paling elok, paling ceria, paling baik, dan paling elok pertanyaannya kepada saudaranya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 151 hadis nombor 762. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: إن المسلمين إذا التقيا فتصافحا، وتساءلا، أنزل الله بينهما مئة رحمة، تسعة وتسعين لأبشهما، وأطلقهما، وأبرهما، وأحسنهما مساءلة بأخيه.
[طس، ((الضعيفة)) (6585)]

(Munkar)
Daripada Abu Hurairah RA berkata, Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya dua orang muslim itu apabila mereka berdua bertemu, dan saling bertanya khabar, maka Allah akan menurunkan 100 rahmat antara keduanya. 99 rahmat turun kepada mereka yang paling elok, paling ceria, paling baik, dan paling elok pertanyaannya kepada saudaranya.
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsath. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.6585]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs