Sesungguhnya dua orang Islam itu apabila mereka bertemu dan berjabat tangan

TEKS BAHASA ARAB

إن المسلمين إذا التقيا فتصافحا، وتكاشرا بود ونصيحة، تناثرت خطاياهما بينهما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya dua orang Islam itu apabila mereka bertemu dan berjabat tangan, serta saling ketawa dengan kasih sayang dan saling menasihati, nescaya akan gugurlah dosa-dosa keduanya dari diri mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 194, hadis nombor 1004. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن البراء بن عازب – رضي الله عنه -، قال: لقيت رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، فصافحته، فقلت: يا رسول الله هذا من أخلاق العجم، أو هذا يكره؟ فقال: ((إن المسلمين إذا التقيا فتصافحا، وتكاشرا بود ونصيحة، تناثرت خطاياهما بينهما)). [ابن السني، عد، ((الضعيفة)) (2386)]

(Lemah)
Daripada al-Bara’ Bin ‘Azib RA beliau berkata: Aku bertemu dengan Rasulullah SAW lalu aku berjabat tangan dengan baginda. Kemudian aku berkata: Wahai Rasulullah, ini merupakan akhlak golongan ‘ajam (bukan bangsa Arab), adakah ia perbuatan yang dibenci? Baginda berkata: Sesungguhnya dua orang Islam itu apabila mereka bertemu dan berjabat tangan, serta saling ketawa dengan kasih sayang dan saling menasihati, nescaya akan gugurlah dosa-dosa keduanya dari diri mereka.
[Riwayat Ibn al-Sunni dan Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2386]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs