Sesungguhnya dua orang anak Adam itu menunjukkan contoh kepada umat ini

TEKS BAHASA ARAB

إن ابني آدم ضربا مثلا لهذه الأمة، فخذوا بالخير منهما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya dua orang anak Adam itu menunjukkan contoh kepada umat ini. Maka ambillah yang baik antara keduanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2011, hadis nombor 10091. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن الحسن – رضي الله عنهما – قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن ابني آدم ضربا مثلاً لهذه الأمة، فخذوا بالخير منهما.
[ابن جرير، ((الضعيفة)) (3097)]

(Lemah)
Daripada al-Hasan RHuma berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya dua orang anak Adam itu menunjukkan contoh kepada umat ini. Maka ambillah yang baik antara keduanya.
[Riwayat Ibn Jarir dalam Tafsirnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3097]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs