Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ ابنى آدمَ ضُرِبا مثلًا لِهذِهِ الأمَّةِ، فخُذوا بالخير منْهما.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya dua orang anak Adam itu menunjukkan contoh kepada umat ini. Maka ambillah yang baik antara keduanya.
Sahabat Perawi
- al-Hasan RHuma
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2011, hadis no. 10091. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن الحسن – رضي الله عنهما – قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن ابني آدم ضربا مثلاً لهذه الأمة، فخذوا بالخير منهما. [ابن جرير، ((الضعيفة)) (3097)]
(Lemah) Daripada al-Hasan RHuma berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya dua orang anak Adam itu menunjukkan contoh kepada umat ini. Maka ambillah yang baik antara keduanya. [Riwayat Ibn Jarir dalam Tafsirnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3097]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman