Tiada asal

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya dua malaikat yang menjaga Ali berbangga dengan malaikat yang lain

Teks Bahasa Arab

حديث: إِنَّ حَافِظَيْ عَلِيٍّ لَيَفْتَخِرَانِ عَلَى جَمِيعِ الْحَفَظَةِ، إِنَّهُمَا لَمْ يَرْتَفِعَا إِلَى السَّمَاءِ بِشَيْءٍ عَنْهُ يُسْخِطُ الله.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesungguhnya dua malaikat yang menjaga Ali berbangga dengan malaikat yang lain. Mereka berdua tidak naik ke langit dengan sesuatu yang dimurkai oleh Allah.

Sahabat Perawi

  1. Ammar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Tiada asal

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 373, hadis no. 71. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب عن عمار مرفوعا، وقال: هذا طريق مظلم ورواه من طريق أخرى، وقال: فيها مجهولون.

Diriwayatkan oleh al-Khatib daripada Ammar secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) dan berkata: Jalan ini muzlim (gelap) dan diriwayatkan juga melalui jalan lain dan dia berkata: Padanya ada perawi-perawi yang tidak diketahui.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.