Sesungguhnya dua ekor kambing betina tidak saling tanduk menanduk

TEKS BAHASA ARAB

إنه لا ينتطح فيها عنزان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya dua ekor kambing betina tidak saling tanduk menanduk.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1095-1096, hadis nombor 5562. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عَنْ اِبْنِ عَبَّاسٍ رضي الله عنهما قال: هجت امرأة من بني خطمة النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بهجاء لها قال: فبلغ ذلك النبيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فاشتد عليه ذلك، وقال: من لي بها فقال رجل من قومها: أنا يا رسول الله وكانت تمّارة تبيع التمر قال: فأتاها فقال لها: عندك تمر فقالت: نعم. فأرته تمرًا فقال: أردتُ أجود من هذا. قال: فدخلت لتريه. قال: فدخل خلفها ونظر يمينًا وشمالًا، فلم ير إلا خِوانًا، فعلا به رأسها حتى دمغها به، قال: ثم أتى النبيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فقال: يا رسول الله قد كفيتُكَها. قال: فقال النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إنه لا ينتطح فيها عنزان فأرسلها مثلًا. [القضاعي ، عد، ابن الجوزي في العلل، ابن عساكر، الضعيفة (6013)].

(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbas RHUMA, beliau menceritakan: Ada seorang wanita daripada keturunan Khutamah mencela Nabi SAW. Lalu celaan tersebut sampai kepada Nabi SAW, dan Baginda mengambil serius hal ini. Baginda bertanya: Siapakah yang tahu berkenaannya? Seorang lelaki yang sama keturunan dengannya berkata: Aku tahu, wahai Rasulullah. Dia seorang penjual tamar. Maka lelaki itu pun menemui wanita tersebut, lalu bertanya: Kamu ada menjual tamar? Dia menjawab: Ada. Dia menunjukkan tamarnya. Lelaki itu berkata: Aku mahu tamar yang lebih berkualiti daripada ini. Wanita tersebut segera masuk bagi menunjukkan tamar yang dipinta. Lelaki tersebut mengikuti wanita itu sambil memerhatikan sekeliling. Yang ada hanyalah sebekas loyang. Tanpa menunggu lama, dia memukul kepala wanita itu sehingga membunuhnya. Kemudian dia kembali semula kepada Nabi SAW, lalu berkata: Wahai Rasulullah, aku sudah membalas dendammu padanya. Baginda bersabda: Sesungguhnya dua ekor kambing betina tidak saling tanduk menanduk. [Riwayat al-Quda‘i dalam Musnad al-Shihab, riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil, riwayat Ibn al-Jawzi dalam al-‘ilal, riwayat Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6013]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs