Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّهُ لَا يَنْتَطِحُ فيها عَنْزانِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya dua ekor kambing betina tidak saling tanduk menanduk.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1095-1096, hadis no. 5562. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbas RHUMA, beliau menceritakan: Ada seorang wanita daripada keturunan Khutamah mencela Nabi SAW. Lalu celaan tersebut sampai kepada Nabi SAW, dan Baginda mengambil serius hal ini. Baginda bertanya: Siapakah yang tahu berkenaannya? Seorang lelaki yang sama keturunan dengannya berkata: Aku tahu, wahai Rasulullah. Dia seorang penjual tamar. Maka lelaki itu pun menemui wanita tersebut, lalu bertanya: Kamu ada menjual tamar? Dia menjawab: Ada. Dia menunjukkan tamarnya. Lelaki itu berkata: Aku mahu tamar yang lebih berkualiti daripada ini. Wanita tersebut segera masuk bagi menunjukkan tamar yang dipinta. Lelaki tersebut mengikuti wanita itu sambil memerhatikan sekeliling. Yang ada hanyalah sebekas loyang. Tanpa menunggu lama, dia memukul kepala wanita itu sehingga membunuhnya. Kemudian dia kembali semula kepada Nabi SAW, lalu berkata: Wahai Rasulullah, aku sudah membalas dendammu padanya. Baginda bersabda: Sesungguhnya dua ekor kambing betina tidak saling tanduk menanduk. [Riwayat al-Quda‘i dalam Musnad al-Shihab, riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil, riwayat Ibn al-Jawzi dalam al-‘ilal, riwayat Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6013]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman